Jurucakap OiYO dalam satu kenyataan berkata, jenama ini memahami cabaran ibu bapa moden yang sering berdepan jadual padat.
Oleh itu, koleksi seperti Kids in School, Meals-To-Go, dan First Feeding diperkenalkan untuk memenuhi keperluan setiap ahli keluarga daripada bayi yang baru belajar makan hingga pelajar sekolah yang memerlukan bekas makanan yang mudah dan menyeronokkan.
Tambahan pula, OiYO by MONTIGO memperkenalkan pelbagai pilihan warna yang ceria, membolehkan setiap ahli keluarga memiliki produk yang mencerminkan gaya unik mereka.
Ruang penyesuaian eksklusif
Menarik perhatian di kedai utama ini ialah OiYO Studio, ruang khas yang membolehkan pelanggan memperibadikan produk pilihan mereka dalam hanya tiga langkah mudah:
- Pilih produk seperti bekas makanan.
- Pilih daripada 10 cetakan haiwan eksklusif OiYO.
- Tambahkan nama anda untuk sentuhan peribadi.
Pengalaman interaktif ini bukan sahaja menjadikan setiap produk lebih istimewa tetapi juga menyerlahkan komitmen OiYO untuk menawarkan nilai tambah kepada pelanggan.
Melangkah ke tahun baharu, OiYO by MONTIGO bersedia untuk memperkenalkan lebih banyak inovasi dengan variasi warna serta produk baharu yang mesra keluarga.
Justeru, jenama itu akan terus berusaha untuk menjadikan kehidupan harian keluarga di negara ini lebih mudah dan menyeronokkan dengan pengenalan sesuatu yang menarik pada Januari 2025.
Dengan visi untuk menjadi pilihan utama keluarga Malaysia, OiYO by MONTIGO terus berkembang dan menyediakan penyelesaian praktikal untuk memenuhi keperluan setiap detik kehidupan keluarga.
Untuk maklumat lanjut, layari www.oiyoshop.com atau ikuti perkembangan terkini di Instagram, Facebook, dan TikTok di @oiyobymontigo.
-BeritaHarian