Nasi Lemak jadi pilihan utama rakyat Malaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Makanan Malaysia adalah cerminan kekayaan budaya dan warisan negara yang berbilang bangsa dan etnik.

Dengan campuran pengaruh Melayu, Cina, India, serta pelbagai etnik lain, masakan Malaysia menawarkan pengalaman kulinari yang penuh warna dan rasa.

Memahami keunikan itu, Group Marketing Media Prima Berhad baru-baru ini menjalankan satu tinjauan dalam talian yang berlangsung dari 25 hingga 31 Jun 2024.

Tinjauan tersebut bertujuan mengenal pasti lima makanan kegemaran rakyat Malaysia yang disarankan untuk dicuba oleh pelancong.

Makanan-makanan yang dipilih adalah Nasi Lemak, Teh Tarik, Char Kuey Teow, Roti Canai, dan Satay.

Hasil tinjauan ini mendapati Nasi Lemak sebagai pilihan utama kerana ia dianggap sebagai hidangan nasional Malaysia.

Selain itu, kelazatan Nasi Lemak terletak pada gabungan rasa unik dan seimbang yang terdiri daripada nasi dimasak dalam santan, sambal pedas, ikan bilis, kacang tanah, telur rebus, dan timun.

Hidangan ini bukan sahaja memikat selera tetapi juga melambangkan kepelbagaian budaya kulinari Malaysia, menjadikannya pilihan yang wajib dicuba pelancong.

Sebagai sebahagian daripada kempen, Media Prima Berhad menerbitkan sebuah video voxpop menampilkan rakyat Malaysia berkongsi pandangan mereka tentang “Apa Yang Buat Malaysia Paling Best”. Klik sini untuk menonton.

Orang ramai turut dijemput untuk menyertai kempen ini dengan menghantar gambar mereka bersama makanan kegemaran Malaysia menggunakan bingkai “Kamu geng mana” dan hashtag #ManisPahitBersama serta #MalaysiaPalingBest.

Untuk menyokong pilihan makanan kegemaran anda, undian boleh dilakukan di says.com/manispahitbersama.

Gambar-gambar tersebut berpeluang untuk dipaparkan di papan iklan digital.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai dan meraikan keunikan makanan Malaysia.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427