Murid dibenar pakai kasut hitam atau putih mulai 2021

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan murid sekolah rendah dan menengah dibenarkan memakai kasut berwarna hitam bersama stoking hitam atau kasut putih bersama stoking putih mulai sesi persekolahan 2021.

Pengumuman itu dibuat menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bil 4 Tahun 2020 yang diedarkan kepada ketua bahagian dan pengarah pendidikan negeri semalam.

“Menerusi SPI berkenaan, pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking berwarna hitam di sekolah KPM bertarikh 20 Nov 2018 adalah dibatalkan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, KPM juga menetapkan kasut perlu diperbuat daripada kanvas atau daripada bahan sintetik lainnya seperti “nylon” dan “polyster” yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara dengan mengambil kira faktor keselesaan, keselamatan, dan kesihatan.

“KPM sentiasa prihatin akan keperluan bagi ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing sebelum sesi persekolahan baharu.

“Mesyuarat Profesional KPM bertarikh 17 Nov 2020 memutuskan mulai 2021, semua murid dibenarkan memilih sama ada memakai kasut berwarna hitam atau putih serta stoking mengikut warna yang dipakai.”

Dasar pemakaian kasut hitam di sekolah KPM diperkenalkan oleh bekas menteri pendidikan Maszlee Malik pada 2018.

Bagaimanapun, keputusan itu menimbulkan kebimbangan beberapa pihak termasuk Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) mengenai kemungkinan peruncit dan pengeluar tidak mampu menampung permintaan terhadap kasut hitam. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427