MSU, UTHM perkasa kerjasama pintar bidang TVET, penyelidikan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Management and Science University (MSU) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasakan bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan penyelidikan.

MSU menerusi kenyataannya berkata, kerjasama pintar awam-swasta ini menyediakan platfom dan rangka kerja dalam memperkasakan perkongsian rentas disiplin antara MSU dan UTHM.

“MoU berkenaan membuktikan ia selaras dengan Dasar TVET Negara 2023.

“TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang berfokuskan ke arah pekerjaan selain menekankan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan, termasuk pembangunan profesional.

“Ia khususnya dalam bidang akademik, penyelidikan saintifik dan inovasi serta kerjasama industri-akademik membabitkan pertukaran maklumat, latihan pakar, bakat dan pelajar,” kata kenyataan itu.

MoU itu ditandatangani oleh Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Ir Ts Dr Ruzairi Abdul Rahim.

Ia disaksikan oleh Naib Presiden Kanan Hubungan Industri dan Keusahawanan MSU, Profesor Dr Abdul Jalil Ghazali dan Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi UTHM, Naim Maslan.

-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427