MR DIY tawar pulangan tunai, potongan harga

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: MR DIY Group (M) Bhd bekerjasama dengan tiga bank dan empat penyedia e-dompet untuk menawarkan program ‘Mega Cashback’ dan potongan harga di seluruh rangkaiannya bermula 15 Januari hingga 28 Februari ini.

Tiga bank dan empat platform e-dompet itu ialah HSBC, Public Bank, MAE oleh Maybank, serta Touch ‘n Go eWallet, ShopeePay, GrabPay dan Boost.

“Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan tujuh penyedia perkhidmatan kewangan dalam satu program.

“Pelanggan tidak sabar-sabar untuk menyimpan stok barangan keperluan perayaan dan rumah bagi menjadikan musim perayaan ini lebih bermakna bersama orang tersayang, ia adalah masa yang tepat untuk memberi ganjaran kepada mereka dengan pulangan tunai dan potongan harga,” kata Ketua Pemasarannya, Alex Goh dalam satu kenyataan.

Peruncit itu juga komited terhadap inisiatif ‘Price Lock: Harga Kami Tetap Sama’ di seluruh negara.

Di bawah inisiatif itu, peruncit itu komited untuk tidak menaikkan harga kesemua produk di tiga jenamanya iaitu MR DIY, MR TOY, dan MR DOLLAR.

-BERNAMA -BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427