META dijangka terima lesen operasi tidak lama lagi – Fahmi

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Pengendali Facebook, Instagram dan WhatsApp, Meta Platforms Inc (META) dijangka menerima lesen untuk beroperasi di negara ini dalam tempoh terdekat, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, META sudah menghantar beberapa dokumen diperlukan untuk membuat pengesahan seperti ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Setakat jam 5 petang semalam, WeChat, TikTok dan Telegram sudah mendapat lesen (untuk beroperasi di Malaysia) manakala META tidak lama lagi dan saya jangka proses terbabit berjalan dengan tertib serta lancar.
“Lagi dua (platform) iaitu Google yang mengusahakan YouTube dan  X masih dalam perbincangan dengan pihak MCMC,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.
Berita lanjut menyusul
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427