KUALA LUMPUR: Susulan insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tular semalam, Datuk Seri Tiong King Sing tampil mempersoal siapa sebenarnya yang menyalah guna kuasa dalam kejadian itu sama ada beliau atau pun pegawai Imigresen bertugas.
Mengakui dirinya selaku menteri yang dikatakan terbabit dalam kejadian itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu berkata beliau bersyukur kerana kehadirannya ke KLIA semalam membongkar budaya rasuah dalam kalangan pegawai di pintu masuk masuk negara itu.
“Saya bersyukur, kerana kehadiran saya di KLIA telah membongkar satu peristiwa yang memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah yang dilakukan oleh segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara,” katanya melalui kenyataan hari ini.
– BH