Menteri KBS harus Campur Tangan dalam Isu Karate – MAKAF

Estimate Reading Time: 2 minutes

Kuala Lumpur, 28 Dis 2020 (The Capital Post)- Malaysian Karate Federation (MAKAF) mengesa Menteri Belia dan Sukan YB Dato Seri Reezal Merican Naina Merican untuk campur tangan menyelesaikan isu kemelut hala tuju sukan karate di Malaysia.

MAKAF yang ditubuhkan pada tahun 1978 dibawah Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan tujuan menjadi sebuah platform untuk menyantuni persatuan karate peringkat negeri dan persatuan karate bersendirian.

Keahlian MAKAF merangkumi 23 ahli gabungan iaitu, 12 persatuan peringkat negeri, 6 perguruan karate peringkat kebangsaan dan 2 badan sukan kebangsaan.

Akibat tindakan Majlis Eksekutif yang tidak menghormati ahli gabungan dan tidak mengikut aturan yang telah diperuntukan serta mengingkari perlembagaan MAKAF, ianya telah memberi kesan langsung kepada penggantungan 9 persatuan karate peringkat negeri 3 persatuan perguruan.

Pelbagai inisiatif telah diambil untuk cari jalan penyelesaian untuk isu ini termasuk menyeru campurtangan bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Steven Sim.

Antara jawapan balas yang terima adalah untuk menyelesaikan masalah dalaman MAKAF dalam kalangan anggota MAKAF, melalui petikan Akta 576-Akta Pembangunan Sukan; Seksyen 23.

Pertemuan dengan Persatuan Pesuruhanjaya Sukan pada 14 Mei 2019 dan 20 Mei 2019 juga tidak membawa apa-apa penyelesaian.

MAKAF juga mangatakan bahawa tindakan mahkamah akan mengambil masa yang lama untuk cari jalan penyelasaian isu ini memandangkan Sukan Olimpik 2021 akan membuka tirainya hanyalah beberapa bulan dari sekarang dan sukan karate merupakan antara sukan yang dipertandingkan pada edisi tahun ini.

Dengan mempunyai majoriti yang tinggi (13) pihak MAKAF harap Menteri Belia dan Sukan dan juga Kementerian Belia dan Sukan untuk melibatkan diri dalam kemelut pentadbiran MAKAF selaras dengan peruntukan di bawah Akta 576- Akta Pembagunan Sukan (pindaan)2018.

Aspirasi MAKAF adalah untuk melihat Kementerian Belia dan Sukan(KBS) akan membuat sebuah perjumpaan semeja dan melantik sebuah jawatankuasa yang bebas dibawah naungan Kementerian Belia dan Sukan melalui Menteri Belia dan Sukan untuk mengadakan permilihan baru melalui Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) berlandaskan kepada Akta 576- Akta Pembangunan Sukan Pindaan 2018. – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427