Menteri agama akan ke Arab Saudi tangani isu caj tambahan jemaah haji

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad akan ke Arab Saudi berkenaan isu caj tambahan jemaah haji pada Januari sekiranya situasi COVID-19 semakin baik, dalam usaha kerajaan mengkaji kaedah bagi memastikan jemaah haji tak terbeban.

“Sebelum kita buat apa-apa keputusan rasmi mengenai perkara ini, saya akan turun ke sana untuk lihat Januari ini,” katanya kepada pemberita selepas suatu program di Masjid Wilayah.

Pihaknya belum dapat menganggarkan kenaikan kos haji susulan peraturan baharu kerajaan Saudi itu, namun katanya “mana-mana kos akan meningkat setiap tahun”.

Semalam, Zulkifli mengingatkan bakal jemaah haji tahun hadapan supaya bersedia berdepan caj tambahan baharu yang akan dikenakan kerajaan Saudi dengan menambah simpanan deposit dalam akaun Tabung Haji.

Katanya, ia berikutan SOP dan langkah keselamatan lebih ketat yang dikuatkuasakan kerajaan Saudi ketika ini dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427