Memotong di garisan berkembar, pemandu ahli Parlimen disaman

Estimate Reading Time: < 1 minute

PERMAISURI: Pemandu kepada seorang ahli Parlimen yang didapati melakukan kesalahan memotong di garisan berkembar sudah dikenakan saman, semalam.

Rakaman video kejadian yang tular itu dikesan berlaku di Kilometer (KM) 67, Kampung Pak Kancil, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, Setiu pada jam 3.40 petang, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi Hussin, berkata pihaknya sudah memanggil pemandu berusia 30 tahun itu untuk diambil keterangan dan mengeluarkan saman, tengah hari semalam.

Katanya, pemandu terbabit mengakui kesalahan memotong di kawasan garisan berkembar manakala kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard hitam berkenaan adalah milik majikannya.

“Hasil siasatan, kita dapati pemandu memotong di kawasan garisan berkembar kerana ingin cepat tiba ke destinasi yang dituju bagi mengelak daging korban rosak.

“Kita mengeluarkan tindakan saman kepada pemandu di bawah kesalahan R12(3)(A) LN167/59 iaitu memotong di garisan berkembar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Affandi berkata, pihaknya mula mengesan kejadian ini selepas klip video kejadian tular di Facebook, kelmarin.

“Kenderaan terbabit dari Kampung Gunong Bachok, Kelantan menghala ke Kampung Sungai Merak Dalam, Bangi, Selangor untuk menghantar daging korban seberat kira-kira 50 kilogram,” katanya.

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427