‘Membazir ke kita santuni, beri makan kepada rakyat?’ – Anwar

Estimate Reading Time: < 1 minute

SUNGAI BULOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di enam negeri sebagai pembaziran mahupun tindakan seolah-olah menunggang agama.

Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan, keseluruhan kos penganjuran majlis berkenaan digunakan bagi menyantuni rakyat, selain amalan sama turut dibuat mana-mana parti yang menerajui Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri.

Beliau yang juga Menteri Kewangan antara lain menyifatkan dakwaan demikian sebagai pandangan peribadi mana-mana pihak yang mungkin kurang bersetuju dengan penganjuran majlis berkenaan.

“Kerajaan di mana-mana pun akan buat (majlis rumah terbuka Aidilfitri), bukan membazir kerana kita beri makan kepada rakyat. Bagi saya ia tidak membazir.

“Kalau buat atas kapasiti peribadi, termasuk keluarga… ia wajarlah guna wang dari poket sendiri. Tetapi ini (anjuran) kerajaan untuk rakyat dan (perbelanjaan) jauh lebih murah (jika) buat di Alor Setar, Kedah berbanding di Putrajaya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. – Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427