Medan Malaysian Tigers perbaiki kelemahan

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUr: Skuad hoki lelaki negara akan menjadikan kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Chennai, India bermula 3 Ogos ini sebagai medan persiapan terakhir menjelang temasya Sukan Asia di Hangzhou.

Pengendali pasukan, Arul Selvaraj berkata, fokus utama mereka tertumpu kepada Sukan Asia yang menawarkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan Chennai adalah medan terbaik untuk mereka memperbaiki kelemahan.

“Sepatutnya sekarang ini kami menyertai jelajah Eropah tetapi dengan adanya ACT, kita akan gunakannya sebagai persiapan terakhir ke Sukan Asia.

“Jadi semuanya masih fokus ke Sukan Asia. Harap kita akan dapat mendapatkan kejohanan atau perlawanan yang baik dan sebaik-baiknya pulang tanpa sebarang kecederaan,” kata Arul dalam sidang media pengumuman senarai pemain ke ACT, hari ini.

Pada ACT 2023, Malaysian Tigers akan menerima tentangan daripada tuan rumah India, Korea Selatan, Jepun, China serta Pakistan.

Berdasarkan senarai 20 pemain yang dibawa, Mohd Fitri Saari dan Abdul Khaliq Hamirin menjadi pemain yang dipanggil kembali beraksi.

“Fitri, kita tahu apa yang dia mampu dan tidak mampu. Dia sangat bagus ketika latihan. Saya dapat laporan dari pelatih… sangat positif dan berdisiplin. Khaliq muka baharu dan dia sudah berlatih dengan pasukan senior.

“Selepas berkahwin dia semakin matang. Dia menunjukkan permainan yang bagus di Korea Selatan sebelum ini. dan kita tak sabar untuk melihat prestasinya nanti,” kata Arul.

Untuk rekod, Malaysia menarik diri daripada menyertai edisi 2021 di Dhaka, Bangladesh dan keputusan dibuat bagi mengikuti arahan dan pandangan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung status pandemik COVID-19 pada ketika itu.

Pada 2018, Malaysia menamatkan saingan di Muscat, Oman dengan meraih pingat gangsa manakala penyerang berbisa negara, Faizal Saari diangkat sebagai penjaring terbanyak bagi edisi kelima itu dengan lapan gol.

Senarai pemain ke ACT 2023

Muhammad Hafizuddin Othman (penjaga gol)

Mohd Zaimi Mat Deris (penjaga gol)

Muhammad Razie Abd Rahim (pertahanan)

Muhammad Marhan Mohd Jalil (pertahanan)

Muhammad Najmi Farizal Jazlan (pertahanan)

Muhammad Aminuddin Mohd Zain (pertahanan)

Muhammad Syafiq Hassan (pertahanan)

Muhajir Abdu Rauf (pertahanan)

Muhammad Najib Abu Hassan (pertahanan)

Muhammad Amirul Hamizan Azahar (pertahanan)

Faiz Helmi Jali (tengah)

Meor Muhammad Azuan Hassan (tengah)

Shello Silverius (tengah)

Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (tengah)

Abdul Khaliq Hamirin (tengah)

Muhammad Firhan Ashaari (penyerang)

Faizal Saari (penyerang)

Mohamad Ashran Hamsani (penyerang)

Muhamad Ramadan Rosli (penyerang)

Mohd Fitri Saari (penyerang)

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427