Mansuhkan Sekolah Vernakular sebelum Tahun 2026 – Kongres Maruah Melayu

Estimate Reading Time: < 1 minute

Shah Alam, 6 Oktober 2019 (The Capital Post) – Sistem Sekolah vernakular harus dimansuhkan oleh Kerajaan Malaysia bagi membolehkan Sekolah Kebangsaan terus diperkasa untuk semua rakyat Malaysia. Sekolah vernakular juga dilihat gagal memainkan peranannya dalam memupuk perpaduan di negara Malaysia, ujur Nurul Fatin Aqilah Rahim, Mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris yang juga pembentang resolusi Kluster Pendidikan di Kongres Maruah Melayu, hari ini.

Ini kerana, hanya sekolah satu aliran sahaja dapat mendidik serta memupuk perpaduan dan intergrasi nasional kepada generasi seterusnya yang bakal mewarisi negera ini, jelas beliau. Bahasa Penghantar berbeza adalah salah satu faktor utama kegagalan dalam menyatukan kaum untuk membentuk perpaduan.

“Oleh sebab itu resolusinya, pemansuhan sekolah vernakular dalam tempoh enam tahun bertepatan kerana pendidikan telah dikenalpasti sebagai satu kunci utama kepada alat penyatuan perpaduan,” katanya sewaktu membentang resolusi di Kongres Maruah Melayu, di sini hari ini.

“Gunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk murid tahun satu pada tahun 2021, tahun dua untuk 2022 dan seterusnya, sehingga 2026. Menjelang tahun 2026, semua sekolah menjadi satu aliran,” tegasnya lagi.

Mengikut laman sesawang Kerajaan Malaysia www.data.gov.my, terdapat lebih 1822 buah sekolah Vernakular dengan pecahan 1298 buah sekolah SJKC dan 524 SJKT – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427