Malaysia muktamad pemilihan vaksin Covid-19 awal 2021, kata Khairy

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin memuktamadkan pemilihan vaksin Covid-19 menjelang awal tahun 2021, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, data daripada beberapa ujian klinikal vaksin Covid-19 yang berada pada fasa ke-3, dijangka dianalisa hujung tahun ini.

Katanya, kementeriannya juga sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara berkenaan implikasi undang-undang dan model perolehan bagi vaksin Covid-19.

“Kita juga sedang berbincang terus dengan syarikat farmaseutikal antarabangsa lain bagi pembekalan terus tanpa melalui pelan peruntukan vaksin Covid-19 Vaccine Global Access (Covax).

“Saya juga telah meminta supaya 1 perjanjian dengan negara China dimuktamadkan secepat mungkin berikutan draf penjanjian hampir siap,” katanya selepas melancarkan pengecas tanpa wayar nanotech (METT) yang pertama di Malaysia hari ini.

Beliau berkata, rundingan dengan pihak (Covax) bagi penyertaan Malaysia dalam kemudahan tersebut bagi mendapatkan vaksin Covid-19 yang diperlukan, masih berlangsung.

“Ada beberapa perkara yang masih dalam perbincangan dengan pihak Covax. Kemudahan ini adalah kemudahan pembelian awal, jadi model perolehan ini agak luar biasa. Kita bayar untuk benda yang masih belum lagi wujud,” katanya.

Antara syarikat yang memulakan ujian klinikal terakhir vaksin Covid-19 termasuk Moderna, Pfizer and BioNTech, AstraZeneca, University of Oxford dan Johnson & Johnson. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427