Malaysia catat 9,380 kes

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Sejumlah 9,380 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan kini mencecah 2,303,837 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua negeri mencatat pertambahan kes hari ini dengan Sarawak menjadi negeri tertinggi dengan 1,503 kes.

Tiga negeri lain turut mencatat pertambahan kes empat angka iaitu Selangor dengan 1,116 kes, Kelantan (1,170) dan Johor (1,105).

Sabah merekodkan 790 kes, Terengganu (704), Perak (629) dan Pulau Pinang (623), diikuti Kedah (556), Pahang (511), Kuala Lumpur (214), Melaka (200), Negeri Sembilan (191), Perlis (42), Putrajaya (18) serta Labuan dengan lapan kes.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427