Malaysia Airports pertingkat kemudahan, urus ketibaan dari Sabah

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Berhad berkata langkah tambahan diambil di KLIA dan klia2 bagi memastikan keselesaan penumpang dari Sabah yang perlu menjalani ujian wajib saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas mendarat.

Tambahbaik itu merangkumi stok makanan dan minuman yang dihantar ke ruang menunggu, pengedaran makanan percuma dengan kerjasama Badan Pengurusan Bencana Nasional (Nadma) dan tempat duduk tambahan bagi mereka yang menunggu keputusan.

Anggota keselamatan dan perkhidmatan pelanggan tambahan juga dikerah untuk membantu penumpang yang tiba dan memastikan jarak fizikal diamalkan.

Dalam satu kenyataan, ketua pegawai eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, selepas berunding dengan KKM dan agensi lain, mereka ” segera melakukan beberapa inisiatif untuk memudah cara dan melancarkan proses itu”.

“Warga emas, orang kurang upaya, wanita hamil dan keluarga dengan anak kecil akan diberi akses ke lorong keutamaan untuk membantu memudahkan ketibaan mereka,” katanya.

Semalam, sebanyak 12 penerbangan membawa 1,400 penumpang dari Sabah di terminal utama KLIA dan 19 penerbangan membawa 2,300 penumpang di klia2

Shukrie berkata, mereka “menjangkakan kenaikan bilangan ketibaan dari Sabah (hari ini) dan telah memberitahu KKM dan pihak berwajib”.

Katanya, 10 penerbangan dijadualkan tiba di terminal utama KLIA dan 19 penerbangan di klia2 sepanjang har ini.

KKM bersetuju untuk menambah kakitangan di kedua-dua terminal itu untuk mempercepatkan proses ujian saringan.

Dalam pada itu, Shukrie berkata, lapangan terbang itu akan terus bekerjasama dengan Nadma untuk menyediakan makanan dan minuman sampingan kepada penumpang.

Pengendali seperti Starbucks, Kopi Kita, Needs Convenience dan WHSmith Convenience di lapangan terbang diminta terus beroperasi melepasi waktu tutup biasa pada jam 8 malam bagi memenuhi keperluan ketibaan dari Sabah.

Shukrie berharap “dengan kerjasama semua agensi dan pihak pemegang taruh, kita dapat berikan pengalaman yang lancar dan mudah kepada penumpang kami”.

-FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427