Lubang Benam: Agensi nuklear guna radar kesan pergerakan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Agensi Nuklear Malaysia dan pasukan teknikal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat berada di lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Pasukan berkenaan membawa alat pengesan radar dipercayai bagi mengesan sebarang pergerakan di bawah tanah.

Alat sama pernah digunakan dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali pada 2022.
Sebelum ini, Indah Water Konsortium (IWK) memulakan aktiviti ‘jetting’ iaitu penyemburan air bertekanan tinggi di lokasi kejadian tanah jerlus berhampiran Wisma Yakin di Masjid India di sini, malam ini.

Operasi yang bermula kira-kira 9.15 malam tadi membabitkan pasukan IWK bersama sebuah jentera air.

Turut terbabit operasi adalah pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dilihat memasuki kawasan tanah jerlus bersama hos air.

Kawasan kejadian juga dikawal ketat anggota polis bagi mengelak orang awam melintasi garisan kuning yang dipasang sekeliling lokasi terbabit.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dilaporkan berkata, operasi pencarian mangsa tanah jerlus menggunakan ‘jetter’ di lokasi kejadian di Masjid India, di sini, hari ini.

Menurutnya, teknik penyemburan air bertekanan tinggi itu dilakukan selepas mendapati terdapat objek atau serpihan yang menghalang laluan air di dalam lurang kumbahan.

Beliau berkata, operasi dijalankan sejak awal pagi hari ini secara berperingkat yang kini sudah memasuki operasi keempat dan dijangka berterusan sehingga objek berkenaan dapat dipecahkan.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427