LHDN lanjut tarikh kemuka borang cukai terpilih

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan tarikh akhir mengemukakan Borang Nyata Cukai untuk beberapa kategori pembayaran cukai susulan perlanjutan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dalam satu kenyataan, LHDN berkata, inisiatif itu diambil bagi memberikan lebih masa kepada mereka untuk menyediakan dokumen serta maklumat percukaian yang perlu diisytiharkan kepada pihaknya.

Katanya, kategori pembayar cukai yang terbabit dalam perlanjutan itu termasuk individu, perkongsian, pertubuhan, harta pusaka dan keluarga sekutu hindu (yang menjalankan perniagaan).

“Bagi kategori yang dinyatakan itu, lanjutan tarikh ialah sehingga 31 Ogos ini. Selain itu, bagi kategori syarikat, koperasi, perkongsian, liabiliti terhad dan amanah yang tempoh perakaunan berakhir 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020, ia akan dilanjutkan dua bulan lagi.

“Turut dilanjutkan ialah bagi kategori syarikat, koperasi, perkongsian liabiliti terhad dan badan amanah yang tempoh perakaunan berakhir 1 hingga 31 Januari tahun ini juga akan dilanjutkan dalam tempoh dua bulan lagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, bagi kategori petroleum yang tempoh perakaunan berakhir 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember tahun lalu, tempoh yang dilanjutkan adalah selama dua bulan.

“Dan bagi kategori petroleum yang tempoh perakaunan berakhir pada 1 Januari hingga 31 Januari tahun ini turut dilanjutkan dalam tempoh dua bulan,” katanya.

LHDN berkata, panduan lebih terperinci berkenaan mengemukakan Borang Nyata Cukai berserta urusan percukaian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) boleh dirujuk di portal rasminya.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427