Lelaki tertua dunia sambut hari lahir ke-112 tahun

Estimate Reading Time: < 1 minute

WASHINGTON: Lelaki tertua di dunia menyambut hari lahirnya yang ke-112 semalam di rumah jagaan di England, lapor United Press International (UPI).

John Alfred Tinniswood dilahirkan pada 26 Ogos 1912, empat bulan selepas Titanic tenggelam dan enam bulan selepas Arizona menjadi negeri Amerika Syarikat (AS).

Tinniswood digelar sebagai manusia tertua di dunia oleh Guinness World Records awal tahun ini dan kini meraikan ulang tahunnya yang ke-112 di rumah jagaan di Southport.

Bagaimanapun, dia seperti tidak peduli dengan gelaran itu.

“Jujurnya ia tidak menjejaskan saya dalam apa cara sekalipun.

“Secara peribadi, ia tidak bermakna apa-apa. Sejujurnya, tiada beza. Saya tidak merasakan usia itu, saya tidak teruja dengannya.

“Itulah sebab saya mencapainya. Saya hanya menerimanya dengan tenang seperti yang lain,” kata Tinniswood kepada Guinness World Records.

Tinniswood berkata dia juga tidak mempunyai sebarang rahsia mengenai umur panjangnya.

“Saya tidak dapat memikirkan sebarang rahsia istimewa yang saya ada. Saya cukup aktif semasa muda, saya banyak berjalan, tetapi bagi saya, saya tidak berbeza. Tiada beza langsung,” katanya.
– BERNAMA
-UPI
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427