Lelaki bergelar Datuk, rakan direman dua hari

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ dan rakannya direman dua hari mulai hari ini kerana disyaki terlibat dalam kes pukul serta ugut seorang lelaki di sebuah restoran di Tropicana Avenue, Petaling Jaya dekat sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata perintah tahanan reman sehingga esok ke atas suspek masing-masing berumur 42 dan 39 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Siti Mazrah Mohamad di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan kedua-dua suspek yang juga ahli perniagaan didakwa berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian dan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana ugutan jenayah.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila suspek berang ditegur seorang pelanggan di restoran berkenaan kerana bercakap dengan nada suara yang tinggi.

— BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427