Lebih 600,000 remaja sudah dapat satu dos vaksin

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seramai 23,703 remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun atau bersamaan 0.8 peratus remaja di negara ini sudah menerima dos lengkap vaksinasi COVID-19.

Data portal COVIDNOW setakat jam 6.30 pagi tadi juga menunjukkan, seramai 579,204 orang atau 18.4 peratus remaja sudah menerima satu dos vaksin.

Ia menjadikan keseluruhan 19.2 peratus atau 602,907 remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Baki 2,544,593 remaja atau 80.9 peratus belum lagi menerima suntikan vaksinasi.

Berdasarkan kemajuan program imunisasi remaja mengikut negeri, Labuan mencatatkan rekod paling tinggi dengan 47.7 peratus, diikuti Sabah (39.2), Sarawak (28.5), Perlis (24.5), Kedah (22.7) dan Pahang (21.2).

Kelantan pula merekodkan pemberian imunisasi sebanyak 18.4 peratus, disusuli Perak (17.9), Terengganu (16.4), Melaka (13), Negeri Sembilan (13) dan Johor 12.1 peratus.

Kawasan Lembah Klang yang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan 6.8 peratus, manakala Pulau Pinang mencatatkan enam peratus. -BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427