Lebih 1,000 penyokong PN sambut ketibaan Sanusi

Estimate Reading Time: < 1 minute

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini, pada jam 4.30 petang ini.

Ketibaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu disambut lebih 1,000 penyokong Perikatan Nasional (PN) yang berkumpul di Balai Ketibaan LTSAH seawal jam 3 petang.

Turut hadir barisan kepemimpinan negeri termasuk EXCO Kesihatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman; EXCO Penerangan, Datuk Wan Romani Wan Salim dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahaya.

Muhammad Sanusi yang kemudian dilihat berpelukan dan bersalaman bersama penyokong sebelum menaiki kenderaan rasmi bersama isterinya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh untuk pulang ke kediaman Menteri Besar di Seri Mentaloon.

Pagi tadi, Muhammad Sanusi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau turut berhadapan satu lagi pendakwaan di Mahkamah Sesyen Selayang, atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lalu.

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427