Larangan terhadap Guan Eng hanya libatkan perjalanan ke luar negara

Estimate Reading Time: < 1 minute

BANDAR HILIR, 3 September- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, memaklumkan, setakat ini SPRM belum membuka kertas siasatan berhubung 101 projek rundingan terus yang diluluskan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Jelasnya, SPRM masih membuat analisis terhadap kesemua projek berkenaan sama ada ia mempunyai unsur rasuah atau sebaliknya.

Pada 24 Ogos lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat mendedahkan bahawa pentadbiran negara ketika diterajui PH meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

-RTM

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427