Lagi pemimpin PKR kecewa kenyataan KPN terhadap Anwar

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Seorang lagi pemimpin PKR kecewa dengan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berhubung kenyataannya tentang siasatan tuduhan serangan seksual terhadap Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata nada kenyataan Hamid semalam bertentangan dengan prinsip anggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, yang menjadi asas undang-undang jenayah.

“Saya cadangkan KPN konsisten dalam semua kes dan lebih beringat apabila mengulas keputusan Jabatan Peguam Negara agar tidak membabitkan atau atau mengantar mesej yang salah mengenai mana-mana pihak terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Hamid berkata bukti fizikal diperlukan untuk meneruskan kes tuduhan serangan seksual terhadap Anwar yang diumum tutup kelmarin.

Beliau berkata polis sukar menyiasat kejadian yang didakwa dalam laporan Muhammed Yusoff Rawther itu kerana ia berlaku lama dahulu.

“Bercakap benar atau tidak itu persoalan lain, tetapi apa bukti-bukti ‘corroborative’ (menyokong) yang kita ada?” katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail kesal dengan kenyataannya Hamid yang didakwa bersifat “afirmatif” seolah-olah Anwar melakukan perbuataan yang didakwa itu.

“Kenyataan itu sepatutnya tidak datang dari ketua polis negara yang sepatutnya lebih cermat dalam membuat kenyataan terhadap perkara yang telah diputuskan untuk tidak diteruskan proses pendakwaan oleh peguam negara,” katanya. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427