KWSP: Syor caruman majikan 20 peratus belum dibincang

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA BHARU: Belum ada perbincangan dibuat berhubung cadangan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus daripada 13 peratus ketika ini.

Menyifatkan cadangan itu sesuatu yang baik, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pihaknya belum terima arahan pihak berkaitan berhubung perkara itu.

“Ia satu cadangan seperti cadangan untuk menjadikan pilihan pengeluaran KWSP secara berkala atau bulanan kepada mandatori apabila mencecah usia persaraan 55 tahun,” katanya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini memaklumkan kerajaan akan membincangkan cadangan supaya kadar caruman KWSP bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus ketika ini.

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427