KWSP luluskan lebih 3 juta permohonan i-Sinar

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Lebih tiga juta permohonan bagi kemudahan i-Sinar sudah diluluskan sehingga 13 Januari lalu dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi menambah baik kemudahan itu, terutama untuk mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bencana banjir, kerajaan dimaklumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori Dua.

“Proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori Dua juga dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan menghantar dokumen sokongan secara dalam talian.

“Kerajaan juga sudah meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari ini.

Maklumat lanjut akan diumumkan KWSP dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI), hari ini.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427