KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup pejabat dan kaunternya di cawangan Temerloh bermula hari ini sehingga dimaklumkan kelak berikutan banjir yang semakin buruk di pantai timur.
Dalam kenyataan hari ini, KWSP berkata langkah itu dibuat bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan ahli dan para pekerjanya.
“Ahli-ahli yang telah membuat janji temu di cawangan KWSP Temerloh bagi tempoh ini dinasihatkan menjadualkan semula urusan mereka selepas keadaan banjir mulai pulih.
“Untuk transaksi yang mustahak, ahli boleh berurusan untuk perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun atau hadir di mana-mana cawangan KWSP lain yang beroperasi di kawasan tidak terjejas.
Untuk penjelasan lanjut, mereka boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.
— BERNAMA