Korea Selatan : 3 mayat ditemui di lokasi helikopter terhempas

Estimate Reading Time: < 1 minute

DOKDO/DONGHAE (Korea Selatan)- Anggota penyelamat pada Sabtu menemui tiga mayat dipercayai antara tujuh mangsa yang hilang dalam kejadian helikopter terhempas di perairan berhampiran kepulauan kecil Dokdo di Laut Timur, lapor agensi berita Yonhap.

Helikopter milik agensi bomba itu terhempas beberapa minit sejurus berlepas dari Dokdo pada Khamis malam, dengan tujuh penumpang termasuk seorang individu yang cedera dari sebuah bot nelayan

Mayat itu ditemui hasil misi menyelamat dijalankan di bawah laut oleh kapal selam Tentera Laut Korea Selatan.

Kapal selam Cheonghaejin tiba di lokasi kejadian pada Jumaat untuk bersama menyertai operasi yang turut melibatkan 14 kapal dan empat helikopter.

“Berdasarkan hasil carian, kami akan bekerjasama dengan Tentera Laut untuk mempertimbang tindakan perlu bagi membawa keluar bangkai helikopter yang tenggelam dan mencari mangsa masih hilang,” kata Pengawal Pantai.

Mengenai berapa lama masa diperlukan untuk mengeluarkan bangkai pesawat, beliau berkata ia bergantung kepada keadaan cuaca.

Sementara itu, jabatan bomba berkata semasa proses menyelenggara helikopter dilakukan tiada sebarang masalah dikesan.- BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427