KKM perlu sukarelawan bantu perangi gelombang ke-3 Covid-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru penglibatan sukarelawan perubatan dan kesihatan dari luar bagi membantunya menangani gelombang ke-3 wabak Covid-19.

Dalam catatan di Facebook, kementerian itu berkata, pihaknya memerlukan sukarelawan untuk beberapa jawatan termasuk doktor perubatan, pegawai sains mikrobiologi, pegawai kesihatan persekitaran dan jururawat.

Selain itu katanya, turut diperlukan ialah penolong pegawai perubatan, penolong pegawai, kesihatan persekitaran, juruteknik makmal perubatan, juru x-ray dan pembantu kesihatan awam.

Katanya, skop tugas sukarelawan meliputi saringan suhu dan simptom di fasiliti kesihatan, pintu masuk antarabangsa dan stesen kuarantin.

Sukarelawan juga akan membantu merawat pesakit di hospital dan melakukan siasatan kontak atau pengambilan sampel Covid-19 di lapangan.

Dalam pada itu, sukarelawan perlu sihat dan cergas fizikal dan mental, sanggup bertugas di lokasi yang ditetapkan dan tiada sejarah kontak rapat dengan kes Covid-19 dalam masa 14 hari.

Kementerian itu berkata sukarelawan juga perlu berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia tugas pemohon.

Mereka yang berminat boleh mengisi borang di: https://forms.gle/BinMRNpyKhnoosgt5 atau menghubungi Unit Mobilisasi Covid-19 CPRC Kebangsaan di mobilisasi19@gmail.com. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427