KKM beri amaran bahaya ‘gula-gula tenaga’

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai tidak membeli atau memakan produk “gula-gula tenaga” yang didakwa mengandungi bahan terlarang di bawah Akta Makanan 1983.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil analisis makmal ke atas produk itu mendapati ia mengandungi racun berjadual tadalafil yang digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami masalah mati pucuk.

“Penyalahgunaan tadalafil tanpa pengawasan boleh menyebabkan komplikasi pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat yang berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung,” katanya dalam satu kenyataan.

Produk tersebut ialah ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy.

Noor Hisham berkata larangan pengimportan dikeluarkan serta merta dan memberi amaran kepada sesiapa yang masih menyimpan stok produk tersebut agar menghentikan pengedaran dan penjualan termasuk jualan atas talian.

“Tindakan boleh dikenakan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 di mana jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427