Kes ICU menurun tapi pesakit bertambah di wad

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 88 kes berbanding kelmarin, 68 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 27,681 kes.

Sebanyak 22 daripada 88 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,568 kes.

Sebanyak 702 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 367 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 2,070 orang.

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 8,084 kes berbanding semalam, 7,950 kes sekali gus terus diatasi 12,456 kes sembuh manakala 702 kes ICU dan 367 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Tempat kerja terus merekodkan jumlah terbanyak dengan pertambahan sembilan daripada 17 kluster Covid-19, dengan Johor menyumbang kluster terbanyak.

“Selain itu, komuniti merekodkan empat kluster serta kumpulan berisiko tinggi, tiga kluster dan satu kluster pendidikan swasta,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427