PUTRAJAYA – Kes harian negara hari ini mencatatkan angka melebihi 6,000 dengan 6,075 kes dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka tertinggi melebihi 2,000 dengan 2,251 kes.
“Seterusnya ialah Johor (699 kes), Kuala Lumpur (660 kes), Kedah (445 kes), Kelantan (441 kes), Sarawak (323 kes), Perak (220 kes), Terengganu (203 kes), Negeri Sembilan (189 kes), Pulau Pinang (183 kes), Sabah (160 kes), Pahang (150 kes) dan Melaka (122 kes).
“Labuan pula merekodkan 14 kes baharu manakala, Putrajaya dengan sembilan kes dan Perlis sebanyak enam kes,” katanya menerusi satu ciapan Twitter di sini hari ini.-KOSMO