KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Putrajaya memutuskan untuk tidak meneruskan penjualan konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Berhad.
Beliau berkata, keputusan berkenaan dicapai selepas mesyuarat Kabinet yang diadakan semalam.
“Kita sudah mengkaji semua bidaan yang dibuat oleh sektor swasta dan pada akhirnya kita putuskan cara yang terbaik adalah untuk tidak menjual PLUS kepada mana-mana pihak, sebaliknya terus kekal dengan Khazanah dan KWSP,” katanya. -FMT