‘Kerajaan Pulau Pinang sudah lama laksana manifesto diumum PN’

Estimate Reading Time: < 1 minute

BALIK PULAU: Manifesto yang dibentangkan parti Perikatan Nasional (PN) semalam, adalah program yang sudah dilaksana kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Katanya, manifesto itu juga merangkumi banyak janji yang sebenarnya mampu dilakukan kerana ia sudah dibuat oleh kerajaan negeri selama tiga penggal.

“Cabarannya ialah bagi mempertingkatkan keberkesanan dan menambah baik kebajikan menerusi program intensif yang ditawarkan.

“Perbezaan kita dengan parti lawan ialah kita mempunyai rekod baik dalam menunaikan kewajipan sejak 15 tahun lalu,” katanya kepada media selepas kempen bersama calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Betong, Mohd Tuah Ismail, di Pasar Awam Balik Pulau, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Kon Yeow berkata, pihaknya juga memantau manifesto kerajaan PH sebelum ini serta mengemas kini statusnya.

“Sehingga akhir penggal, kita sudah laksanakan sebanyak 94 daripada 68 perkara yang dijanjikan di bawah manifesto pada 2018 dan inilah rekod, inilah prestasi kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri memutuskan tidak mengisytiharkan 12 Ogos sebagai cuti umum.

“Saya percaya rakyat sudah biasa dengan pilihan raya, tambahan pula ramai yang cuti pada hari Sabtu. Bagi yang bekerja pada hari mengundi, diharap semua majikan beri ruang dan masa kepada pekerja tunaikan kewajipan mengundi,” katanya.

– The Star

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427