Kerajaan pertimbang rentas negeri individu lengkap dos vaksin

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memperhalusi cadangan bagi membenarkan individu yang sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19 merentas negeri untuk bertemu dengan pasangan dan keluarga mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau mendapati ramai yang menyuarakan keluhan termasuk pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang terpisah dengan anak-anak mereka berikutan larangan rentas negeri yang masih berkuat kuasa.

“Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia.

“Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama, terutama jika ibu bapa itu sudah pun menerima dua dos vaksin.

“Justeru, saya sering membawa isu ini dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya kelonggaran bertemu keluarga dapat dipertimbangkan bagi mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

“Insya-Allah, kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh disatukan semula,” kata beliau melalui Facebooknya, hari ini.- BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427