Kerajaan pertahan BERNAS pengimport tunggal beras

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertahankan tindakan bagi melanjutkan tempoh konsesi Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sebagai pengimport tunggal beras di negara ini meskipun ia dipertikaikan beberapa pihak.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata tindakan kerajaan itu adalah tepat bagi memastikan bekalan bahan makanan berkenaan berada dalam keadaan stabil dan terkawal.

“Malah melalui tempoh konsesi itu BERNAS mempunyai 10 obligasi yang mesti dipatuhi sebagai pengimport tunggal beras antaranya membantu pesawah dan petani.

“Kita melanjutkan tempoh konsesi bagi BERNAS menjadi pengimport tunggal beras melalui keputusan yang diambil pada 2020,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang mempertikaikan tindakan kerajaan meneruskan dasar monopoli melalui BERNAS sedangkan sepatutnya bantuan perlu diberikan kepada pertubuhan peladang antaranya Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Anwar mendakwa tindakan itu hanya memberikan keuntungan ratusan juta kepada ‘tauke besar’ dan dasar itu sepatutnya dikaji yang boleh memberi lebih keuntungan buat petani.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427