Kerajaan buka sektor ekonomi berperingkat

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan untuk terus mengurung rakyat tidak lagi sesuai dalam usaha negara untuk bebas daripada pandemik COVID-19, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, langkah itu dikhuatiri boleh mendatangkan banyak implikasi kepada rakyat dan bagi tujuan itu juga, kerajaan kini melihat keutamaan untuk membuka sektor ekonomi secara berperingkat.

“Rakyat mesti berdisiplin untuk membuat kawalan kendiri untuk jaga disiplin. Hari pertama apabila ada tempat percutian dibuka, ada yang masih tidak pakai pelitup muka pun.

“Masa depan negara kita untuk bebas daripada COVID-19 bergantung pada kita sendiri. Kita tidak boleh harapkan orang lain, kawalan kendiri sangat penting, kalau tidak usaha kita selama ini akan jadi sia-sia saja,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Ketika manjawab soalan asal Mohd Salim, Ismail Sabri berkata, data pemberian terkini vaksin menunjukkan seramai 74.7 peratus rakyat dewasa dinegara ini sudah menerima dua dos vaksin manakala satu dos penerima adalah seramai 91.6 peratus.

Sementara itu menjawab soalan tambahan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH – Kulim Bandar Baharu), beliau berkata, keputusan kerajaan untuk membuka semula 11 sektor ekonomi dibuat berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) disamping pelaksanaan prosedur operasi stadard (SOP) yang ketat di setiap premis perniagaan yang dibenarkan dibuka.

“Kita bersandarkan kepada 11 aktiviti yang dibenarkan dan kita berdasarkan sains dan data, menunjukkan dari segi kluster yang diwujudkan dari 11 sektor ekonomi ini, ramai mengatakan gunting rambut bahaya.. ramai kontak rapat, tapi sepanjang 2020 hanya satu melibatkan kluster gunting rambut.

“Begitu juga salon, tidak ada kes (kluster) salon. Kedai cuci kereta juga, kononnya ramai pekerja Bangladesh tentu jangkitan lebih mudah, tapi sepanjang 2020, tidak ada kes membabitkan kedai cuci kereta,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga menjelaskan pelantikan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) adalah bersandarkan tugasnya yang terdahulu dan kerajaan memberi kepercayaan untuk beliau meneruskan tugasnya. -BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427