Kerajaan BN akan Tumbang? Bersatu mungkin tarik sokongan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 5 OGOS 2022 (The Capital Post) – Perikatan Nasional mungkin menarik diri daripada kerajaan sebagai protes terhadap keengganan Perdana Menteri untuk memenuhi perjanjian untuk melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Kepimpinan Perikatan kecewa dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah membatalkan mesyuarat yang dijadualkan pada 2.30 petang Khamis (4 Ogos) dibatalkan malam sebelumnya oleh Pejabat Perdana Menteri.

Sumber dari Bersatu berkata mesyuarat yang dibatalkan itu adalah usaha terakhir untuk memastikan Perdana Menteri akur dengan memorandum perjanjian (MOA) antara Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Sri Ismail Sabri sejurus sebelum penyerahan jawatan perdana menteri di Malaysia Ogos tahun lepas.

Keputusan menghantar delegasi pemimpin tertinggi untuk berjumpa Perdana Menteri dibuat pada mesyuarat Perikatan minggu lepas. Datuk Seri Hamzah, yang juga Setiausaha Agung Perikatan, telah mengeluarkan kenyataan ringkas selepas mesyuarat Perikatan, menyatakan kekecewaan  beliau terhadap “kekurangan keazaman dan komitmen” Perdana Menteri dalam memenuhi syarat perjanjian. – Berita Penuh akan Menyusul


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427