Keputusan bagi permohonan PEJUANG akan dibuat dalam 14 hari

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, mengenai rayuan yang dikemukakan oleh Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Beliau berkata, keputusan bagi permohonan itu akan dibuat dalam tempoh yang diberikan iaitu 14 hari.

“Dia (mahkamah) suruh saya buat keputusan, maka saya akan buat keputusan bagi rayuan berkenaan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Hamzah untuk membuat keputusan berhubung permohonan PEJUANG untuk didaftarkan sebagai parti politik.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakimannya, berkata keputusan itu perlu dibuat dalam tempoh 14 hari, mulai hari ini.

Keputusan itu selepas mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman difailkan PEJUANG untuk menggesa Hamzah membuat keputusan berhubung rayuan parti itu.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427