Kenderaan berat tetap dilarang masuk bandar waktu puncak

Estimate Reading Time: < 1 minute

JELEBU: Kenderaan berat dilarang memasuki pusat bandaraya Kuala Lumpur pada dua waktu puncak dan perlu mengikut jadual perjalanan yang sudah dikeluarkan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata dua waktu puncak itu membabitkan pagi dan petang.

Katanya, pada sebelah pagi had masa itu ditetapkan dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi manakala pada sebelah petang dari jam 4.30 petang hingga 7.30 malam.

“Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) sudah mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan larangan ini dipatuhi seperti memaparkan masa larangan pada paparan Variable Message Sign ( VMS) yang terdapat di jalan masuk utama Kuala Lumpur. Selain meletakkan notis awam yang jelas kelihatan di lokasi strategik di jalan masuk utama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jalaluddin berkata, bagi memastikan larangan itu dipatuhi, penguatkuasaan turut dilaksanakan bersama rakan strategik DBKL iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) dan polis.

Katanya, mereka yang gagal mematuhi arahan ini boleh dikenakan notis kompaun mengikut peruntukan Undang- Undang Kecil Pengangkutan Bahan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1997.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427