Kelulusan EIA PSI bukan keputusan muktamad – Anwar

Estimate Reading Time: < 1 minute

SUNGAI BULOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bukanlah keputusan muktamad membenarkan aktiviti tambakan di lokasi dicadangkan.

Perdana Menteri menegaskan, kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek itu yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bukanlah keputusan muktamad untuk membenarkan aktiviti tambakan dilaksanakan di lokasi dicadangkan.

Beliau juga menafikan dakwaan enggan ‘melayan’ kekecewaan golongan nelayan dan penduduk setempat yang dijangka terjejas susulan pelaksanaan Projek PSI.

“Keputusan EIA (PSI), JAS memberi kelulusan pada prinsipnya dengan 71 syarat. Jadi kita telitilah.

“Saya sudah kemukakan beberapa kebimbangan, terutama (bagi) pihak nelayan dan penduduk setempat yang berbilang kaum dan biarkan proses ini berjalan terlebih dahulu.

“Kalau mereka (nelayan dan penduduk setempat) mahu kemukakan bantahan, kita akan dengar dan kerajaan negeri juga akan berikan penjelasan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Anwar diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyantuni ribuan ahli kariah Kampung Kubu Gajah, selain mendirikan solat Jumaat di Masjid Jamiul Ehsan, dekat Paya Jaras, Selangor. – Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427