Kelewatan pembinaan LCS, MINDEF akui TLDM intai perolehan kapal terpakai

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengakui Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengkaji usaha perolehan kapal terpakai sebagai satu pendekatan dalam menghadapi isu kelewatan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, satu daripadanya adalah membabitkan kapal kelas frigat HMAS Anzac milik Tentera Laut Diraja New Zealand.

Bagaimanapun beliau berkata, setelah diteliti TLDM merumuskan bahawa kapal itu tak sesuai disebabkan beberapa faktor.
“TLDM rumuskan kapal-kapal dimaksudkan itu iaitu HMAS Anzac tak sesuai berdasarkan kepada perkara seperti isu berkaitan peralatan serta kos perolehan yang tak menguntungkan kerajaan.

“Selain itu, jika lakukan perolehan HMAS Anzac, proses akan ambil masa dijangkakan sehingga 2027 dan pada tahun itu kita sudah dibekalkan dengan dua kapal LCS iaitu pertama dan kedua yang akan diserahkan dan mula beroperasi pada 2027.

“Oleh kerana hampir keseluruhan HMAS Anzac guna peralatan berbez, maka kita buat keputusan ia tak sesuai dan bukan untuk kepentingan kerajaan dan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata MINDEF sebelum ini juga melakukan perolehan tiga kapal misi pesisir (LMS) dari Turkiye yang mana ketiga-tiganya akan siap menjelang akhir 2027.

Ia menjadikan keseluruhan lima kapal akan mula berkhidmat dengan TLDM pada 2027.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373