Keengganan mematuhi peraturan dagang memecah-belahkan dunia – WTO

Estimate Reading Time: 2 minutes

NEW YORK: Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berdepan pelbagai pertikaian dan ‘kebimbangan perdagangan’ dalam kalangan ahlinya yang sehingga kini belum dapat diselesaikan.

Malah, sejak lewat 2019, Amerika Syarikat (AS) menyekat pelantikan hakim baharu ke Badan Rayuan WTO atas pelbagai aduan kehakiman, di mana 29 kes dibiarkan dalam keadaan terawang-awang, sekali gus memberikan tamparan hebat kepada sistem penyelesaian pertikaian.

Walaupun pelbagai pihak mahu perubahan pada badan pengadilan WHO itu, As membantah dengan alasan sebarang perubahan harus bersifat khusus mencegah kegiatan berunsur penindasan seperti yang dilakukan China sehingga menjejaskan persaingan.

Negara yang memfailkan kes termasuk China, Republik Dominica, India, Indonesia, Maghribi, Pakistan, Korea Selatan dan AS.

Bekas Timbalan Ketua Pengarahnya, Alan Wolff, pada persidangan WTO bulan lalu, menggesa negara-negara untuk menangguhkan rayuan baharu mulai 2024, apabila ahli WTO berjanji untuk menangani isu itu.

WTO memberi amaran bahawa ‘polikrisis’ pandemik, perang di Ukraine dan inflasi melemahkan persepsi terhadap globalisasi.

Hasilnya, semakin ramai yang tidak menghiraukan peraturan perdagangan global termasuk dalam kalangan ahli WTO.

Bulan lalu ia memberi amaran bahawa lonjakan langkah sebelah pihak, jika tidak dikawal, akan memecah-belahkan ekonomi dunia, melucutkan lima peratus daripada pendapatan global.

Presiden AS, Donald Trump pada 2018, mengenakan tarif ke atas barangan dari China dan tempat lain, bagaimanapun sekatan eksport mengimbangi penurunannya.

Sekatan itu, antara 2016 dan 2019, tidak melebihi kadar purata 21 kes setahun, namun meningkat secara ketara kepada 139 kes tahun lalu.

Perkara itu mencetuskan lonjakan dalam jumlah ‘kebimbangan’ negara anggota yang dibangkitkan di WTO.

Ia menyasarkan sekatan eksport seperti beras India dan subsidi yang didorong oleh teknologi bersih, seperti Akta Pengurangan Inflasi AS, yang bersifat berat sebelah terhadap pengeluaran di Amerika Utara atau untuk kereta elektrik di China, yang sedang disiasat oleh Kesatuan eropah (EU).

WTO berhujah dunia memerlukan pemacu yang diperbaharui ke arah integrasi, dalam apa yang digelar globalisasi semula.

Ia bagi menangani cabaran perubahan iklim dan usaha pengurangan kemiskinan, sambil menyatakan bahawa 75 peratus daripada perdagangan barangan masih berdasarkan terma tarif WTO yang dilanjutkan oleh ahli antara satu sama lain.

“Sekiranya dasar WTO ini tidak dipatuhi, maka badan ini akan kucar kacir dan akan menjadi boneka yang diperalatkan sesetengah negara berkuasa, bukannya sebuah badan berasaskan peraturan,” kata Ketua pengarah WTO, Ngozi Okonjo-Iweala.

Umpamanya, AS mengenakan syarat mewajibkan kandungan tempatan melalui Akta Beli Barangan AS dan EU pula mendakwa mematuhi peraturan WTO tetapi memberi subsidi besar kepada syarikat pengeluar mineral dan pertanian tempatan.

Negeri seperti China turut mengambil kesempatan daripada pengecualian syarat WTO, sama seperti AS yang menggunakan alasan ‘keselamatan negara’ mengehadkan import logam dari negara Teluk dan mengekang dagangan dengan Qatar.

Beijing juga mengehadkan eksport hasil mineral kritikal, manakala Washington mahu mencegah China mengakses teknologi AS dengan menggunakan alasan ‘keselamatan negara’ bagi melanggar peraturan perdagangan global.

Semua perubahan itu, yang belum pernah dipertimbangkan WTO sebelum ini seperti perubahan iklim, aliran data dan kecerdasan buatan (AI) akan menjadi agenda utama Sidang Peringkat Menteri WTO Ke-13 (MC13) pada Februari ini.
– REUTERS
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427