Kawal ketat semua pengembara asing masuk ke Malaysia – Anwar

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 4 Jan 2023 (The Capital Post) : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemasukan pengembara asing ke Malaysia akan dikawal dengan lebih ketat, tanpa menumpukan kepada mana-mana negara.

Perdana Menteri berkata, masalah kesihatan rakyat adalah perkara paling utama begitu juga soal pelancongan serta pertumbuhan ekonomi sekali gus tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal dan merawat rakyat daripada segi wabak serta jangkitan, termasuk COVID-19.

“Sekarang kita tidak ambil pendirian untuk mendiskriminasi mana-mana negara kerana kalau dilihat kadar jangkitan di China, kita tahu kematian di Amerika Syarikat (AS) juga tinggi dan beberapa negara lain.

“Kita ambil tindakan menyelamatkan rakyat kita, jadi sesiapa saja yang masuk harus dipantau dan dikenakan syarat sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

-BH

(The Capital Post)

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427