KUALA LUMPUR: Jumlah pemberian vaksin di seluruh negara kekal berada pada di bawah paras 500,000 dengan hanya sejumlah 494,214 dos vaksin COVID-19 diberikan kepada penerima yang layak, semalam.
Menerusi perangkaan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), daripada jumlah itu, 230,053 adalah penerima dos vaksin pertama dan 264,161 sudah selesai menerima dos kedua masing-masing.
Kadar inokulasi di negara ini mencatatkan penurunan berbanding jumlah melebihi 500,000 yang berjaya dicapai akhir Julai lalu.
-BH