Juwaidi-Fatin tersekat di suku akhir

Estimate Reading Time: < 1 minute

HANGZHOU: Gandingan pemanah negara, Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh gagal melangkah ke separuh akhir bagi acara compound berpasukan campuran Sukan Asia 2022.

Kemaraan mereka disekat gandingan India, Ojas Pravin Deotale-Jyothi Surekha Vennam pada aksi suku akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Fuyang Sinhu, sebentar tadi.

Juwaidi-Nurfatehah melakukan catatan 155 mata iaitu kurang tiga mata daripada gandingan Ojas Pravin-Jyothi yang berjaya mencatat 158 mata.

Gandingan India itu kemudiannya menewaskan gandingan Kazakhstan 159-154 di separuh akhir dan memenangi pingat emas selepas menumbangkan gandingan Korea Selatan 1591-58 di pentas final.

Terdahulu, gandingan negara mara ke suku akhir selepas mengetepikan gandingan dari Singapura, Loh Tze Chien Contessa-Woon Teng Ng selepas meraih 158 mata berbanding Singapura yang mencatat 151 mata.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427