Johari dilantik Bendahari Agung BN

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) melantik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agung parti itu.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata pelantikan itu berdasarkan fasal 8.3.(E) Perlembagaan BN.

BN juga melantik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi sebagai wakil sayap-sayap itu dalam BN.

Pengganti wakil UMNO ke Dewan Tertinggi BN pula memilih dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Selain itu, Datuk Freddy Sua juga dilantik wakil PBRS dalam Dewan Tertinggi BN.

Dewan Tertinggi BN bersetuju untuk mengambil bahagian dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 14 Mei 2023. – Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427