Jersi baharu Barcelona didakwa mirip Crystal Palace

Estimate Reading Time: < 1 minute

BARCELONA: Kelab Barcelona sudah pun mengumumkan jersi musim depan bagi aksi di laman sendiri, namun penyokong mereka berjenaka dengan menyifatkan rekabentuk baharu itu dipinjam daripada pasukan Crystal Palace.

Jalur terkenal Blaugrana skuad berpengkalan di Camp Nou itu kembali digunakan tatkala jersi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dari Selhurst Park itu dilihat ada kesamaan.

Lionel Messi, Gerard Pique, Frenkie de Jong dan Antoine Griezmann dipilih memperagakan jersi baharu berkenaan untuk skuad lelaki bersama Asisat Oshoala and Alexia Putellas bagi pasukan wanita.

Rekabentuk keluaran Nike ini kelihatan hampir menyamai gambar jersi yang bocor awal bulan ini tatkala nama penaja gelaran pasukan, Rakuten kembali dipaparkan bagi musim terakhir menerusi perjanjian bernilai 51juta pound (RM273.59 juta) setahun.

Peminat dalam reaksi mereka menyamakan jersi berkenaan seperti skuad The Eagles dan digunakan Barcelona pada musim 2010/2011 – kemungkinan dalam usaha untuk mendorong Messi mengekalkan standard permainan yang dipamerkan sepanjang sedekad lalu.

Namun dalam masa sama, ada juga pengkritik yang menyifatkan jersi baharu itu sebagai persiapan kelab Catalan meneruskan perjuangan mereka tanpa kelibat bintang penyerang terbabit selepas ini.

Satu hantaran menerusi Twitter secara berjenaka dipetik berkata: “Barcelona kini bersedia tanpa kehadiran Messi, ia mirip seperti Crystal Palace Sepanyol,”

Chris pula berkata:”Barcelona kini seperti mirip Crystal Palace,”

Satu lagi hantaran penyokong mereka berkata:”Bila pula Crystal Palace membeli Barcelona,?

Seorang penyokong Barcelona yang kurang senang dengan jersi berkenaan menulis:” Ia kelihatan menakutkan. Persembahan dan jersi baharu kita merosot setiap tahun,”.

– AGENSI

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427