Jerman: koleksi bernilai AS$1.1 bilion dicuri

Estimate Reading Time: < 1 minute

MOSCOW- Lebih 10 koleksi berharga dianggarkan bernilai €1 bilion (AS$1.1 bilion), termasuk berlian Dresden White seberat 49-karat dicuri dari muzium terkenal Grünes Gewölbe (Green Vault) di Dresden Jerman, lapor agensi berita Sputnik.

Muzium itu diceroboh sekumpulan pencuri pada Isnin dan mencuri tiga set berlian berharga, yang media menyifatkan ia sebagai rompakan terbesar dalam sejarah.

Satu suruhanjaya khas kini sedang menjalankan siasatan dan suspek masih bebas.

“Perompak mencuri 11 barangan termasuk koleksi butang,” kata Muzium Green Vault menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman webnya pada Rabu.

Selain berlian Dresden White, dua lagi berlian seberat 39.5 karat dan 21 karat turut dicuri.- BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427