Lebih menarik, hidangan khazanah laut terbaik itu dipilih daripada hasil terbaik, segar dan disediakan cef berpengalaman untuk kepuasan cita rasa pelbagai lapisan masyarakat.
Daripada udang kara, udang galah enak dan tiram segar pilihan itu meliputi aneka sushi, ketam, scallop, salmon membuatkan pelanggan tidak jemu untuk mencuba setiap makanan yang disediakan.
stimewanya semua juadah itu begitu enak, kena pada rasa dan membuatkan sesiapa saja sukar untuk mengelak daripada mencuba semua makanan yang disediakan.
Tidak itu saja, orang ramai mempunyai pilihan aneka jenis hidangan ‘berat’ seperti mi, udang bakar, pasta, dimsum, otak-otak serta hidangan premium seperti udang kara masak mentega, ayam dan daging, ketam kam heong, aneka celup tepung seperti tiram, terung serta sayuran.
Bagi mereka yang menggemari makanan laut segar, pilihan tiram, lala, udang, sotong kurita Octapus, salmon, isi ayam tentu memenuhi selera dengan padanan sos enak.
Daripada udang galah yang lazat hinggalah udang besar yang disediakan dalam pelbagai cara, setiap hidangan makanan laut dijamin memenuhi cita rasa ramai.
Dianggarkan lebih 150 pilihan makanan di restoran mewah yang tentunya membuka selera sesiapa saja selain pilihan minuman koktail, coklat ‘fountain’ serta aneka buah-buahan.
Selain itu, ruangan pencuci mulut menawarkan pelbagai pilihan antara puding, tart keju telur serta variasi kek.
Dengan suasana yang selesa dan perkhidmatan yang mesra, Roselle Coffee House menjanjikan pengalaman makan malam secara bufet yang sesuai untuk pelbagai peringkat usia.
Dengan harga bufet RM250 untuk dewasa dan RM150 kanak-kanak hingga usia 12 tahun, bufet makanan laut adalah pilihan sesuai untuk seisi keluarga pada hujung minggu yang menginginkan suasana restoran mewah yang terletak di hotel lima bintang di Kuala Lumpur.
-BeritaHarian